Menjawab Soalan Temuduga “Mengapa Anda Ingin Bekerja Di Sini?”


Suasana di dalam bilik temuduga pada kebiasaannya adalah suatu suasana yang mendebarkan terutama bagi mereka yang kurang membuat persediaan menjawab soalan temuduga. Persediaan sebelum temuduga boleh membantu untuk menenangkan anda semasa menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan kepada anda.

Seperti kebanyakan temuduga yang anda hadiri, kemungkinan anda merasa anda telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan secara yang terbaik yang memungkinkan anda berjaya dalam temuduga tersebut. Ramai yang mempunyai perasaan sedemikian setelah menghadiri temuduga tetapi masih tidak berjaya seperti yang dirasakan. Sekadar berfikir  bahawa anda telah menjawab dengan baik dalam sesuatu temuduga adalah belum mencukupi.

Sebagai contoh, anda memberi jawapan berikut apabila ditanya “Mengapa anda ingin bekerja di sini?”:

Katakan jawapan yang diberikan adalah seperti berikut: "Saya telah bekerja di dalam industri ini selama lebih 15 tahun dan sangat berjaya di dalam kerjaya saya.  Saya mempunyai rekod kepemimpinan yang baik. Saya telah membaca di dalam surat khabar mengenai syarikat ini yang sedang menghadapi sedikit masalah dan dengan pengalaman yang saya ada sebagai eksekutif XXXXX saya dapat menyumbang untuk menyelesaikan masalah tersebut”

Jawapan tersebut kelihatan baik dan kelihatan mencukupi sebagai respon kepada soalan yang ditujukan kepada anda. Tetapi tahukah anda jika diberi marakah diantara 1 – 10, markah yang boleh diberikan hanyalah sekitar 4. Kenapa?

Sebabnya adalah: Jawapan tersebut tidak menunjukan bahawa analisa yang sewajarkan telah dilakukan untuk menyokong jawapan yang anda berikan. Mungkin jawapan sedemikian adalah mencukupi bagi sesetengah orang, tetapi secara umumnya jawapan tersebut kurang meyakinkan.
Sekarang mari kita lihat dengan lebih dekat.

MENGAPA ANDA INGIN BEKERJA DI SINI?

Inilah peluang anda untuk menunjukan bahawa anda telah melakukan analisa dan kajian yang sewajarnya mengenai syarikat yang bakal anda bekerja. Beritahu panel-panel temuduga apa yang anda belajar mengenai syarikat dan mengapa ia menarik minat anda untuk bekerja di situ. Kunci utama dalam menjawab soalan seperti ini ialah jawapan anda mestilah spesifik dan tidak terlalu umum.

Kaitkan contoh-contoh secara spesifik daripada pengalaman anda dengan apa yang anda tahu mengenai syarikat, apa yang syarikat fokuskan dan suasana pasaran syarikat tersebut.  Lihat kepada personaliti anda dan kenal pasti apa yang membuat anda berminat untuk bekerja di syarikat tersebut dan juga apa kaitan pengalaman anda dengan jawatan yang diiklankan. Anda juga harus kenal pasti daripada mana anda mendapat tahu mengenai peluang pekerjaan yang anda pohon.

Sebagai contoh, mungkin dalam iklan jawatan kosong tersebut menyatakan syarikat ingin mewujudkan sebuah unit baru dan mereka memerlukan seorang kakitangan yang berkemampuan melakukan nya. Jika anda seorang yang proaktif, suka kepada sesuatu yang mencabar dan boleh membuat perancangan menjadi kenyataan – Inilah yang patut anda beritahu beserta dengan contoh-contoh bagaimana anda telah berjaya, berkembang dan membuat kajian-kajian di dalam syarikat yang pernah anda bekerja sebelum ini.

Kongsi dengan panel temuduga apa yang boleh anda lakukan dan mengapa anda rasa anda boleh memberi manfaat kepada syarikat yang bakal anda bekerja. Soalan yang diajukan kepada anda bertujuan untuk mengetahui apa manfaat yang boleh anda berikan kepada syarikat dan bukan apa yang syarikat boleh memberi manfaat kepada anda.

Menjawab Soalan Temuduga “Mengapa Anda Ingin Bekerja Di Sini?” Menjawab Soalan Temuduga “Mengapa Anda Ingin Bekerja Di Sini?” Reviewed by Unknown on April 09, 2018 Rating: 5

No comments:

Fish